Katering Kuala Lumpur

Apa yang perlu ketika mencari Katering di Kuala Lumpur?


Mencari servis katering yang tepat dan tidak memeningkan kepala adalah perlu bagi menjamin event yang anda lakukan, tak kira majlis kahwin, kenduri, aqiqah, pertunangan , corporate event atau VIP event, berjaya dan tidak menghampakan tetamu yang hadir. Makanan yang dihidangkan perlulah yang terbaik dan menjadi kepuasan bagi tuan rumah apabila pakej katering yang diambil mampu membuatkan tetamu tersenyum lebar kekenyangan.

Terdapat beberapa cara untuk memilih servis katering untuk elak ditipu. Kami akan kongsikan beberapa tips yang mampu membuka mata dan minda anda ketika mencari pakej catering untuk majlis anda nanti.



Pilih Pakej Katering di KL yang Sesuai



Berapa ramai akan hadir ke event anda? Berapa jumlah tetamu yang anda jangka akan ke majlis anda? Soalan seperti ini memainkan peranan yang besar ketika anda memilih untuk mengambil satu-satu catering itu. Kenapa? Ini supaya anda dapat memberi jumlah yang tepat atau lebih sedikit supaya tidak kekurangan makanan kepada tetamu. Biar lebih sedikit dari kekurangan makanan.

Selain dari itu, bajet juga memainkan peranan dalam pemilihan servis yang anda inginkan. Pakej katering murah memang boleh menjimatkan duit anda, tetapi adalah ia memiliki kualiti seperti servis yang baik, makanan katering yang sedap dan sebagainya? Bukan memburukkan catering murah, tetapi kadang-kadang tidak berbaloi ambil kerana servis ketering yang mereka lakukan.

Mencari katering yang berdekatan dengan area anda juga menjadi satu faktor yang penting. Jikalau anda duduk di Kuala Lumpur, carilah katering kahwin di Kuala Lumpur , KL atau Selangor. Kenapa? Sebabnya, jikalau mereka dekat, senang anda nak update dengan mereka jika ada apa-apa masalah atau benda yang perlu anda settle dengan caterer di KL tersebut. Tidaklah anda membazir masa drive jauh-jauh untuk menyelesaikan isu yang kecil. Kan?

Pengalaman syarikat katering terbabit juga memainkan peranan penting dalam pemilihan anda. Pastikan penyedia tersebut telah banyak membuat katering kahwin. Kenapa katering perkahwinan? Ini kerana, kebanyakan orang akan menggunakan khidmat katering untuk kahwin mereka. Ini menunjukkan syarikat yang banyak dipilih untuk majlis kahwin akan mempunyai banyak pengalaman dalam menyediakan katering. Ini menjadi tanda aras untuk tahap profesional dan tahap servis mereka.

Selain dari itu, menu katering juga menjadi perkara utama yang perlu dilihat oleh anda. Apakah jenis makanan yang disediakan oleh pihak caterer, Adakah mereka menyediakan masakan kampung, masakan mamak, masakan western, masakan VIP atau sediakan pakej minum petang atau hi-tea. Jangan pula anda pilih pakej hi-tea untuk majlis kahwin anda. Pelik pula jadinya. hehe . Selalunya pakej katering kahwin atau pakej katering pertunangan ini akan menyediakan makanan seperti nasi minyak, nasi beriyani, nasi putih serta beberapa lauk dan pencuci mulut.

Sudah pilih Katering Kuala Lumpur yang sesuai, Sekarang buat apa?



Selepas anda sudah pilih pakej atau katering yang sesuai dengan bajet,ciri-ciri yang anda cari dan sesuai dengan event anda, apa yang perlu anda buat? Hubungilah mereka! Mungkin segala info boleh dicapai melalui internet ni, Tetapi, ia tidak tunjuk diskaun untuk katering mereka. Anda boleh hubungi mereka dan bincang dengan mereka berkaitan harga dan pakej yang ditawarkan. Ini adalah rahsia yang kami dedahkan untuk anda. Hehe

Package perkahwinan yang mereka senaraikan mungkin harganya agak tinggi. Tetapi jika anda menempah untuk ramai tetamu, anda boleh mengurangkan harga lagi. Kawan saya pernah dapat harga RM6.00 sekepala selepas menghubungi katering yang berharga RM8.50 sekepala. Nasib dia berani bertanya dan meminta diskaun. haha

Akhir kata tentang Katering Murah di Kuala Lumpur


Semua pilihan terletak di tangan anda. Anda hanya perlu ukur baju di badan sendiri. Anda pastikan tidak membazirkan wang dalam membuat pilihan untuk katering ini. Ini kerana, pilihan sekarang banyak, sama ada anda hendak catering yang murah, atau VIP catering. Segala jenis package katering telah ditawarkan sekarang ini. Diskaun pon ada kalau anda pandai mencari. Pastikan anda puas hati apabila pergi ke food tasting dan membuat tempahan. Selain dari itu, pastikan anda sudah check portfolio dan majlis yang mereka sudah buat sebelum ini.

Lepas tu, semasa majlis anda nanti, boleh buat Time Freeze Kahwin macam bawah ni. Baru gempak!